JKKK

JKKK

Sunday 29 June 2014

KEK BATIK SIMPLE

 
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua. Hari ni, admin nak share 1 resepi simple untuk anda semua. Senang, cepat dan murah je. Yang penting sedap.

KEK BATIK SIMPLE

Bahan-Bahan
- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong

Langkah-Langkah
1. Patah-Patahkan Biskut Marie.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.
3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.
4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba ^_^

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Assalamualaikum wbt...

Pada bulan Disember 2013, JKKK Kampung Sekerang Igan dengan kerjasama KRT (Kawasan Rukun Tetangga) Kampung Sekerang Igan telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah yang disediakan oleh pihak Majlis Islam Mukah. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan dan ilmu kepada penduduk kampung tentang cara-cara menguruskan jenazah dengan betul mengikut hukum syarak.







Monday 23 June 2014

TERENDAK IGAN

Terendak adalah sejenis topi atau penutup kepala berbentuk kon dan biasanya dibuat daripada daun nipah, daun rumbia, buluh atau rotan. Bahagian bingkai terendak dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaannya. Masyarakat dahulu memakainya sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas. Kini, terendak dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang berikutan dari rupa bentuknya yang menarik dan penggunaan warna yang ceria.

Terendak Igan merupakan salah satu daripada terendak paling popular di negeri Sarawak selain daripada Terendak Matu. Ini dapat dibuktikan apabila terdapat binaan-binaan di Bandar Mukah yang menggunakan terendak di puncak bangunan utama seperti Menara Pehin Setia, bangunan RECODA, Masjid Setia Raja dan beberapa bangunan lain.


 Harga terendak Igan RM 18 saiz besar, RM 12 sederhana dan RM 8 kecil

Salah seorang Pengusaha Terendak Igan Pn Rosnah Hamzah Kpg Sekerang Igan.




Saturday 21 June 2014

MOTTO KAMPUNG SEKERANG IGAN

Motto adalah kalimat, frasa, atau kata sebagai semboyan atau pedoman yang menggambarkan motivasi, semangat, dan tujuan dari suatu organisasi. Kampung Sekerang Igan juga mempunyai Motto yang tersendiri. Motto Kampung Sekerang Igan adalah  

"KAMPUNG SEJAHTERA RAKYAT CERIA"

  • Setiap warga penduduk ada sifat sayangkan kampung.
  • Setiap warga penduduk sama menjaga keharmonian kampung
  • Setiap warga penduduk bersifat toleransi, wasyatiah dan setiakawan
  • Setiap warga menikmati kemajuan, kemerdekaan dan keselamatan
  • Setiap warga penduduk menjaga kebersihan dan keceriaan alam sekitar

Justeru itu, segala aktivit yang dijalankan semuanya mencapai kejayaan yang membanggakan.


Friday 20 June 2014

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2014 / 1435H

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi negeri-negeri seluruh Malaysia bagi Ramadan tahun 2014M/1435H yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Klik pautan bagi negeri pilihan anda untuk membuka fail pdf yang mengandungi jadual berbuka puasa dan imsak untuk setiap zon/kawasan. Klik ikon yang berkenaan pada menu bar untuk memuaturun (download) atau mencetak.
Untuk waktu imsak dan berbuka hari ini, anda juga boleh membuat semakan melalui widget waktu solat.
jadual berbuka puasa dan imsak


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Semua Negeri di Malaysia Ramadhan 1435H/2014M


Untuk adik-adik yang baru nak belajar ibadah puasa bolehlah mula menghafal Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa.

JADUAL LENGKAP PIALA DUNIA (WORLD CUP) BRAZIL 2014

Dunia bolasepak kini sudah dipenuhi dengan perlawanan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 2014 di Brazil yang bermula pada 13 Jun 2014 yang lepas. Sebagai panduan peminat bolasepak semua, berikut adalah jadual lengkap perlawanan peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2014.

Kami telah mengubah tarikh dan masa perlawanan mengikut waktu Malaysia (GMT+8) untuk memudahkan anda membuat perancangan bila nak menonton siaran langsung, bila nak rekod, bila nak tidur dan ehem bila nak ambil MC :)
Kami juga ada menyediakan jadual siaran Piala Dunia di RTM (TV1, TV2 dan TVi). Dan memandangkan pusingan kalah mati akan berlangsung di dalam bulan puasa, elok juga anda padankan jadual tengok bola dengan jadual waktu imsak, supaya tak terlepas sahur.
Untuk keputusan terkini, sila layari keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014.

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN

Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat ini, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

SEJARAH KAMPUNG

SEJARAH KAMPUNG SEKERANG IGAN

Kewujudan Kampung Igan bermula dari wujudnya sebuah kampung iaitu Kampung Sekerang Igan. Asal usul yang bermula dengan pelayaran rombongan yang diketuai oleh Sharif Sekerang. Mereka belayar menggunakan rakit bermula dari Engkilo (Seberang Sibu) dengan tujuan untuk mencari tempat dan membuka perkampungan baru. Rakit mereka belayar mengikut arus sungai sehingga terdampar ke suatu tempat. Mereka singgah dan terus mengambil kayu dan sebagainya untuk mendirikan pondok sebagai tempat berteduh. Perbincangan pun dibuat supaya menamakan kampung tersebut dengan nama Kampung Sekerang sempena nama ketua rombongan mereka, Sharif Sekerang.

Pada masa tersebut, hanya terdapat dua atau tiga buah keluarga sahaja yang tinggal di kampung ini. Tambahan pula, semua penduduk masih belum mempunyai agama. Bertitik tolak daripada itu, rombongan tersebut telah menyebarkan ajaran Agama Islam kepada keluarga yang ada di kawasan tersebut. Bahasa pengantar yang digunakan oleh rombongan tersebut ialah bahasa Melayu dan ianya masih kekal menjadi bahasa perhubungan penduduk di Kampung Sekerang sehingga ke hari ini. Pekerjaan penduduk di Kampung Sekerang ialah menangkap ikan secara tradisional dan bertani.


Thursday 19 June 2014

PENGENALAN JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

JKKK Kampung Sekerang Igan merupakan satu organisasi yang ditubuhkan bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan Kampung Sekerang Igan. Menurut wikipeida, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang pengerusi. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil tok sidang (Perak), tuk empat dan tok dagang (Negeri Sembilan) dan penggawa (Kelantan).

Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.

Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.