JKKK

JKKK

Tuesday 11 April 2017

BIRO - BIRO JKKK KAMPUNG SEKERANG IGAN 2016-2018



BIRO PATRIOTISME & KEMASYARAKATAN

Ketua : Encik Affendi Bin Ahmad

Ahli :

  • Pn. Zulaihia Binti Hanapi
  • En. Omar Bin Lee
  • En. Hashim Bin Ismail
  • Cik Selihah Binti Sait

BIRO KEPIMPINAN & PENTADBIRAN

Ketua : Tn. Haji Halman Bin Ahmad

Ahli :
  • En. Tuanku Sekawie Bin Syed Ibrahim
  • En Haron Bin Seman
  • Pn. Roziah Binti Mahji
  • Pn. Azfarina Binti Sukarno

BIRO PENDIDIKAN & LATIHAN

Ketua : Tn Haji Saadi Bin Haji Lias

Ahli :
  • En. Arkianidi Bin Mahros
  • En. Mohd Zain Bin Ibrahim
  • Ustaz Mohd Zainuddin Bin Suut
  • Cik Nurzalikha Binti Saadi

BIRO EKONOMI & KEUSAHAWANAN

Ketua : En. Mohd Jaafar Bin Dahlan

Ahli :
  • En. Othman Bin Ibrahim
  • En. Fadillah Bin Mohd Amin
  • En. Norsyahid Bin Bojeng
  • Pn. Siti Bino Binti Mahros

BIRO PEMERKASAAN PERANAN BELIA

Ketua : Pn. Roziah Binti Mahji

Ahli :
  • Pn. Jaayah Binti Kari
  • Pn. Norliza Binti Saibi
  • En. Mohd Syukri Bin Junaidi
  • En. Mohd Safry Bin Perseh

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNITI

Ketua : Pn. Azfarina Binti Sukarno

Ahli : 
  • Pn. Hamsiah Binti Abang Salus
  • Cik Putit Binti Rajak
  • Cik Nursyafiqah Binti Idris
  • En. Afiq Aiman Bin Zakaria

BIRO KEBERSIHAN, KESIHATAN & KECERIAAN

Ketua : En. Ishak Bin Dol

Ahli :
  • En. Shaidin Bin Junaidi
  • Pn. Juraiyah Binti Ghani
  • Pn. Haminah Binti Mat
  • Cik Nurul Amirah Binti Affendi

BIRO PENGAWASAN KEMUDAHAN ASAS

Ketua : En. Haron Bin Seman

Ahli :
  • En. Sukarno Bin Idris
  • En. Yusuf Bin Jumeng
  • En. Mohd Nazri Bin Omar
  • En. Hassan Bin Wahari

AHLI JAWATANKUASA JKKK KAMPUNG SEKERANG IGAN SESI 2016-2018



PENGERUSI

TN HAJI HALMAN BIN HAJI AHMAD

TIMBALAN PENGERUSI

EN. HARON BIN SEMAN

SETIAUSAHA

EN. TUANKU SEKAWI BIN SYED IBRAHIM

TIMBALAN SETIAUSAHA

PN. ROZIAH BINTI MAHJI

BENDAHARI

PN. AZFARINA BINTI SUKARNO

AJK :

- TN HAJI SAADI BIN HAJI LIAS

- EN. SAWIP BIN MERSIT

- EN. NORMAN BIN NAIM

- EN. ISHAK BIN DOL

- EN. AFFENDI BIN AHMAD

- CIK SELIHAH BINTI SAIT

- PN. HAMSIAH BINTI ABG SALUS

- PN. HAMSIAH BINTI BUJANG

- PN. HASIAH BINTI JUKI

- PN. JAAYAH BINTI KARI

Sunday 9 April 2017

ICT : KISAH KEJAYAAN JKKK KAMPUNG SEKERANG IGAN









KISAH KEJAYAAN

JKKK Kampung Sekerang Igan telah terpilih sebagai sebuah Kisah Kejayaan bagi Pusat Internet 1 Malaysia Igan. Ini kerana pencapaian dan keterlibatan penduduk Kampung Sekerang Igan yang sangat memuaskan dalam program ICT di Pusat Internett 1 Malaysia Igan. 

LOGO JKKK KAMPUNG SEKERANG IGAN



LOGO JKKK KAMPUNG SEKERANG IGAN



  • KELAPA SAWIT : Melambangkan salah satu sumber pendapatan penduduk Kampung Sekerang Igan adalah PERTANIAN
  • IKAN : Melambangkan salah satu sumber pendapatan penduduk Kampung Sekerang Igan adalah PERIKANAN/NELAYAN
  • TERENDAK : Merupakan salah satu hasil pendapatan KRAFTANGAN penduduk Kampung Sekerang Igan. Ia juga merupakan SIMBOL PENGENALAN bagi Kampung Igan dan dikenali sebagai TERENDAK IGAN.

Saturday 8 April 2017

IKS : PENTERNAKAN LEMBU


Kampung Sekerang Igan juga terlibat secara lansung dengan penternakan lembu. Terdapat 2 orang penduduk Kampung Sekerang Igan yang mengusahakan penternakan lembu sebagai salah satu sumber pendapatan iaitu Tuan Haji Halman dan En Anas.





USAHAWAN ATAS TALIAN KAMPUNG SEKERANG IGAN



Kampung Sekerang Igan juga telah terlibat secara lansung dengan Perniagaan secara atas talian. Pelbagai kursus ICT telah dihadiri oleh beberapa orang penduduk kampung seperti IKS, belia, wanita dan pelbagai golongan lagi.

Beberapa usahawan Kampung Sekerang Igan yang menjalankan perniagaan secara atas talian :


AKAN DATANG : PERTANDINGAN KAMPUNG "ANUGERAH DESA PERDANA 2017"



Garis panduan penilaian pertandingan "Anugerah Desa Perdana 2017"

Tarikh penilaian : 11 April 2017


PROFIL KAMPUNG



PROFIL KAMPUNG SEKERANG IGAN

NAMA KAMPUNG : KAMPUNG SEKERANG IGAN

ALAMAT KAMPUNG : KAMPUNG SEKERANG IGAN, 96400 MUKAH, SARAWAK.

PENGERUSI JKKK/KETUA KAUM : TUAN HAJI HALMAN BIN HAJI AHMAD

NEGERI : SARAWAK BUMI KENYALANG

DAERAH : MATU

BAHAGIAN : MUKAH

PARLIMEN : P207 IGAN

AHLI PARLIMEN : YB DATUK HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI DOLLAH

DUN : N44 JEMORENG

AHLI DUN : YB DATO' MURSHID DIRAJA DR. JUANDA BIN HAJI JAYA




ICT : BENGKEL DASHBOARD KOMUNITI (MY SHOP)


Pada 20 Mac 2017, seramai 25 orang wanita Kampung Sekerang Igan telah mengikuti Bengkel Dashboard Komuniti (My Shop) di Pusat Internet 1 Malaysia Igan. Para peserta telah didedahkan dengan aplikasi Dashboard (My Shop) yang merupakan satu aplikasi untuk memasarkan produk secara talian. Ia juga merupakan satu aplikasi yang memudahkan penduduk kampung untuk membeli barangan secara talian dari seluruh Malaysia.














IKS : IKAN KERING


Kampung Igan merupakan perkampungan nelayan yang sangat aktif. Nelayan ataupun menangkap ikan dan hasil laut merupakan aktiviti utama di Kampung Igan. Pelbagai produk hasil laut telah dihasilkan oleh penduduk Kampung Igan. Di Kampung Igan terdapat ramai usahawan kecil dan sederhana yang mengusahakan produk ikan kering dan ikan masin.
















FUNGSI DAN TUGAS UTAMA JKKK



Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

TANGGUNGJAWAB JKKK :

1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung

2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk
    semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan
    organisasi bukan kerajaan (NGO).

3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan
    pihak jabatan kerajaan dan NGO.

4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli
    jawatankuasa keciI yang lain

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali 

6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap
    elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, 
    subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA

1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan
    kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik
    dan menguntungkan.

2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi
    membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing
    dan berdaya tahan.

3) Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan
    aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah
    melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-
    nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4) Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil
    tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5) Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan
    kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

6) Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung
    dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
    masyarakat.

7) Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja,
    bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan
    masyarakat.

8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan
    persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran
    aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk
    kampung.

10) Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan
      kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang
      mencegah wabak penyakit berjangkit.

11) Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari
      jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan
      tanah kampung.

12) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk
      menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan
      awam. 

AKTIVITI JKKK 

I. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan
   oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.

II. Menberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan
    pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam
    mesyuarat JKKK.

III. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh
     tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang
     ditubuhkan.

IV. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.

V. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan
     memaklumkan kepada JKKK.

VI. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

VII. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu
       merancang, melaksana, memantau dan menilai
       aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.

VIII. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.

IX. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan
      berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.

X. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan
     selamat.

XI. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan
      mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk
      mengesahkan kaedah pengumpulan data.

XII. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.

XIII. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak
      JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu
      disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah
      supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.

XIV. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi
        maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul
        dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan
        tindakan pembangunan kampung.

XV. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh
       menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan
       dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk
       memajukan kampung.

XVI. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta
        awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh
        digunakan.