JKKK

JKKK

Saturday 8 April 2017

FUNGSI DAN TUGAS UTAMA JKKK



Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.

JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

TANGGUNGJAWAB JKKK :

1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung

2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk
    semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan
    organisasi bukan kerajaan (NGO).

3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan
    pihak jabatan kerajaan dan NGO.

4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli
    jawatankuasa keciI yang lain

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali 

6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap
    elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, 
    subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA

1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan
    kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik
    dan menguntungkan.

2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi
    membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing
    dan berdaya tahan.

3) Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan
    aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah
    melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-
    nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4) Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil
    tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5) Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan
    kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

6) Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung
    dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
    masyarakat.

7) Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja,
    bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan
    masyarakat.

8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan
    persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran
    aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk
    kampung.

10) Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan
      kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang
      mencegah wabak penyakit berjangkit.

11) Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari
      jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan
      tanah kampung.

12) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk
      menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan
      awam. 

AKTIVITI JKKK 

I. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan
   oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.

II. Menberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan
    pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam
    mesyuarat JKKK.

III. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh
     tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang
     ditubuhkan.

IV. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.

V. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan
     memaklumkan kepada JKKK.

VI. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

VII. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu
       merancang, melaksana, memantau dan menilai
       aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.

VIII. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.

IX. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan
      berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.

X. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan
     selamat.

XI. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan
      mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk
      mengesahkan kaedah pengumpulan data.

XII. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.

XIII. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak
      JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu
      disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah
      supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.

XIV. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi
        maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul
        dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan
        tindakan pembangunan kampung.

XV. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh
       menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan
       dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk
       memajukan kampung.

XVI. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta
        awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh
        digunakan.

No comments:

Post a Comment